More

    WhatsApp mungkin benarkan anda lihat peserta lama dalam “group chat”

    WhatsApp telah menambah ciri baharu pada WhatsApp beta untuk Android, iOS dan Desktop dengan melancarkan keupayaan untuk melihat senarai pengguna yang terdahulu dalam kumpulan.

    Menurut Wabetainfo, WhatsApp mengeluarkan ciri ini kepada beberapa penguji beta yang memasang versi beta terbaru WhatsApp daripada TestFlight. Seperti imej di bawah, terdapat pilihan baharu pada penghujung senarai peserta kumpulan yang membolehkan penguji menemui orang yang meninggalkan atau telah dialih keluar dalam tempoh 60 hari yang lalu. 

    Ciri ini tidak terhad kepada pentadbir kumpulan sahaja tetapi semua orang boleh membuka bahagian peserta yang lalu. Seperti biasa, mereka yang meninggalkan atau telah dialih keluar daripada kumpulan tidak dapat melihat fungsi ini.

    Ciri ini telah dikeluarkan kepada beberapa penguji beta pada hari ini dan lebih banyak pengaktifan akan diikuti dalam beberapa minggu akan datang. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Wabetainfo

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...