Site icon TechNave BM

WHO syorkan anda untuk bermain ‘game’ dalam usaha untuk membendung COVID-19

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan syarikat utama dalam industri game telah bekerjasama untuk membina inisiatif #PlayApartTogether dalam usaha untuk membanteras wabak COVID-19. Kempen ini bertujuan untuk menyebarkan garis panduan WHO dalam mengurangkan penyebaran wabak itu di kalangan pemain game.

Syarikat-syarikat besar seperti Activision Blizzard, Twitch dan Riot Games menggalakkan gamers untuk menuruti panduan WHO melalui hashtag di Twitter, yang merangkumi kebersihan tangan, adab pernafasan dan penjarakan sosial. Kempen ini menggalakkan gaming sebagai sebuah aktiviti sosial yang bagus untuk mengeratkan perhubungan sesama manusia walaupun tanpa berada dalam jarak yang dekat.

Selain itu, beberapa game terkenal juga akan menganjurkan acara dan ganjaran dalam talian khas yang menjadi sebahagian daripada kempen tersebut.

Jika anda masih tidak mengetahui untuk bermain game apa sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini, jom tengok senarai yang telah kami susun untuk membantu anda memilih game menarik. Kongsi di Facebook kami apakah game yang anda mainkan sekarang dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version