Site icon TechNave BM

Xiaomi 12 dapat pengiktirafan 3C, dilengkapi pengecasan 67W

Xiaomi dikhabarkan akan memperkenalkan siri Xiaomi 12 pada 12 Disember ini. Namun, syarikat itu tidak mendedahkan banyak perkara mengenainya selain mengesahkan bakal menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1.

Sementara kami menunggu butiran lanjut mengenai siri 12 daripada Xiaomi, muncul pengiktirafan 3C bagi varian standard yang mendedahkan ia mempunyai sokongan pengecasan 67W. Walaupun pengecasan 67W agak pantas, ia masih lebih perlahan daripada Xiaomi 12 Pro yang dijangka mempunyai 120W.

Berbalik kepada varian standard, 3C tidak memberitahu kami apa-apa tentang Xiaomi 12 selain mendedahkan kelajuan pengecasan maksimum dan sokongan 5G. Salah satu sumber yang boleh dipercayai baru-baru ini mendakwa telefon pintar itu akan memuatkan bateri 4,500 mAh.

Xiaomi 12 dijangka menggunakan paparan antara muka MIUI 13 dan imej yang bocor juga menunjukkan kepada kami rupa panel belakang telefon pintar itu. Khabar angin mendakwa Xiaomi akan menggunakan teknologi salutan unik untuk bonggol kamera telefon bagi menyelaraskan kemasan yang terdapat pada panel belakangnya.

Adakah anda berminat dengan telefon ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version