More

    Panel belakang Xiaomi 12 tertiris, dedahkan reka bentuk kamera

    Xiaomi dijangka membawa siri 12 pada 12.12 dan kini panel belakang versi standardnya muncul dalam talian memberitahu kami lebih lanjut mengenai reka bentuknya. Bonggol kameranya ini akan menempatkan tiga kamera dengan satu lubang besar untuk kamera utama dan dua lagi kamera di bawahnya. Denyar dan mikrofon akan berada di sebelahnya.

    Sementara itu, salah satu sumber yang boleh dipercayai telah mendedahkan pelancarannya akan membawa masuk tiga telefon yang mana ia akan berbeza sedikit daripada pelancaran Mi 11 di mana telefon standard datang lebih awal daripada Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra.

    Reka bentuk sebegitu bukanlah baharu untuk Xiaomi. Mi 10T dan 10T Pro mempunyai reka bentuk kamera yang serupa tetapi dengan satu bulatan tambahan di bahagian belakang.

    Adakah anda berminat dengan telefon ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...