Site icon TechNave BM

Xiaomi 12 Ultra mungkin dilancar bulan depan, dijangka tampilkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1

CEO Xiaomi, Lei Jun telah memperkenalkan telefon pintar yang dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1 yang dijangka model Xiaomi 12 Ultra. Beliau menambah bahawa peranti ini akan membawa peningkatan yang ketara dan mungkin dilancarkan pada bulan depan.

Di Weibo, Lei Jun menyatakan bahawa cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dengan nama kod 8475 akan memberi pengalaman prestasi dan tenaga yang lebih baik. Snapdragon 8+ Gen 1 adalah versi Snapdragon 8 Gen 1 yang dipertingkatkan dengan proses 4nm TSMC, tiga teras super besar Cortex X2, teras besar A710 dan teras kecil A510.

Selain itu, jenama-jenama lain juga sedang membangunkan peranti yang akan membawa cipset ini seperti ASUS, realme, iQOO dan banyak lagi. Seperti dalam artikel sebelum ini, Xiaomi 12 Ultra akan membawa kamera jenama Leica untuk keupayaan pengimejan yang terbaik. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version