Site icon TechNave BM

Xiaomi 12S Ultra akan dilengkapi sensor kamera 1 inci Sony IMX989

Xiaomi bakal melancarkan siri telefon andalan seterusnya, Xiaomi 12S, pada 4 Julai 2022 yang terdiri daripada tiga varian utama. Dengan tarikhnya yang semakin menghampiri, Xiaomi telah berkongsi beberapa maklumat utama untuk siri telefon tersebut.

Varian yang tercanggih, Xiaomi 12S Ultra, bakal dilengkapi sensor kamera yang sangat canggih daripada Sony iaitu Sony IMX989 50MP yang berukuran 1 inci.

Sensor ini mempunyai saiz piksel 1.5 mikrometer dan dengan saiznya yang sebesar satu inci, ini membuatkannya boleh menangkap lebih banyak cahaya dan meningkatkan prestasi fotografi waktu malap. Selain itu, kamera Xiaomi 12S Ultra juga akan mempunyai teknologi fotografi Leica.

Ini membuatkan Xiaomi 12S Ultra antara telefon premium yang dilengkapi sensor kamera satu inci. Sebelum ini, Sony Xperia PRO-I dan Sharp Aquos R6 adalah dua telefon pertama dalam pasaran yang dilengkapi sensor dengan saiz tersebut.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version