More

    Pra-tempahan Sony Xperia PRO-I dibuka di Malaysia, bermula RM7,199

    Baru-baru ini, Sony telah melancarkan sebuah telefon pintar andalan yang sangat unik iaitu Sony Xperia PRO-I, di mana ia dilengkapi sebuah sensor kamera berukuran 1 inci untuk kualiti fotografi yang sangat tinggi.

    Kini, pra-tempahan untuk peranti tersebut telah dibuka di Malaysia dengan harga bermula daripada RM7,199. Sony Malaysia menawarkan tiga pakej untuk pra-tempahan Xperia PRO-I, iaitu:

    • Xperia PRO-I: RM7,199
    • Xperia PRO-I XQZ-IV01 Vlog Monitor Bundle: RM7,718
    • Xperia PRO-I Complete Creator’s Kit Bundle: RM8,028

    Pakej tersebut menyediakan aksesori khas untuk kegunaan vlogging, di mana dengan sensor kamera 1 inci itu, Xperia PRO-I boleh menghasilkan mutu video yang jauh lebih baik berbanding kamera telefon lain. Complete Creator’s Kit Bundle terdiri daripada ECM-LV1 Stereo Lavalier Microphone, GP-VPT2BT Shooting Grip With Wireless Remote Commander dan XQZ-IV01 Vlog Monitor.

    Setiap pakej ini akan disertakan dengan kad memori microSD 256GB, sarung (casing) dan pelindung skrin. Pra-tempahan untuk Sony Xperia PRO-I di Malaysia akan dibuka sehingga 15 Disember 2021.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Xperia PRO-I:

    • Cipset Snapdragon 888
    • Skrin 4K HDR OLED berukuran 6.5 inci dengan kadar 120Hz
    • RAM 12GB
    • Storan dalaman 512GB
    • Kamera utama 12MP dengan salutan (coating) ZEISS T + sensor 3D iToF
    • Bateri 4,500mAh
    • Pengecasan pantas 30W
    • Rating kalis air IP65/68
    • Kaca Gorilla Glass Victus
    • Pembesar suara stereo Dolby Atmos, bicu audio 3.5mm
    • Menyokong mod Photography Pro dan Videography Pro

    Layari laman web Sony Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti unik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...