More

    Sony Xperia PRO-I dilancar: Telefon dengan sensor kamera 1 inci, rakaman 4K 120fps berharga ~RM8,660

    Sony telah melancarkan telefon pintar andalan terbaru iaitu Sony Xperia PRO-I yang merupakan telefon pintar pertama di luar Jepun yang dilengkapi sensor kamera Exmor RS berukuran 1.0 inci dengan autofocuks phase-detect (PDAF). Nama PRO-I itu merujuk kepada pengimejan (imaging) yang berkebolehan tinggi untuk sebuah telefon pintar.

    Kameranya turut mempunyai dwi-apertur F/2.0 dan F/4.0 untuk kawalan kedalaman (depth of field) yang lebih fleksibel serta sokongan penggambaran RAW 12-bit. Untuk pemprosesan imej, ia mempunyai BIONZ X yang turut terdapat dalam Sony Xperia 1 III dan Sony Xperia 5 III.

    Lensanya terdiri daripada kamera utama 12MP 24mm, kamera ultra-lebar 12MP 16mm, kamera telefoto 12MP 50mm dan sensor kedalaman 3D iTOF. Ketiga-tiga lensa utama mempunyai lapisan anti-pantulan (anti-reflective coating) ZEISS T*.

    Fungsi fotografi yang terdapat dalam Xperia PRO-I termasuklah 315 titik autofokus PDAF, jejakan mata Real-time Eye-AF untuk haiwan dan manusia, penggambaran 20 gambar sesaat, format RAW dan mod Photography Pro. Seperti telefon Xperia andalan sebelum ini, Xperia PRO-I akan mempunyai butang shutter khas di bahagian sisi untuk mengambil gambar.

    Untuk video pula, ia boleh merakam dengan resolusi 4K pada kadar 120fps dan penstabilan Optical SteadyShot. Pengguna boleh mengakses mod Cinemtography Pro untuk mencipta video dengan tetapan warna kamera sinema Sony VENICE, nisbah aspek 21:9 dan banyak lagi.

    Spesifikasi lain untuk telefon ini termasuklah skrin 4K HDR OLED berukuran 6.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz, pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 30W, rating kalis air IP65/68, RAM 12GB, storan 512GB, cipset Snapdragon 888 dan sokongan Wi-Fi 6.

    Ia akan dijual di pasaran Eropah pada harga bermula EUR1,799 (~RM8,660), manakala harganya untuk pasaran Malaysia akan diumumkan pada bulan Disember 2021. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...