Site icon TechNave BM

Xiaomi 13T dan 13T Pro dilancar di Malaysia: Kamera Leica 50MP, cas pantas 120W, Dimensity 9200+ bermula RM1,799

Pada hari ini, Xiaomi Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar andalan (flagship) yang terbaru iaitu Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro. Dua peranti ini masih dilengkapi spesifikasi dan fungsi yang setaraf dengan telefon-telefon andalan lain dalam pasaran untuk tahun 2023, namun dijual dengan harga yang lebih mampu milik.

Ciri utama pada siri Xiaomi 13T adalah kamera dengan teknologi Leica yang menawarkan skema warna serupa dengan kamera sebenar yang dihasilkan oleh syarikat tersebut. Seperti dalam siri Xiaomi 13 sebelum ini, teknologi Leica membenarkan pengguna Xiaomi 13T untuk mengambil gambar dalam dua mod Photographic Style iaitu Leica Authentic dan Leica Vibrant.

Fungsi baru untuk Xiaomi 13T adalah pengguna kini boleh mencipta Photographic Style mereka sendiri, di mana mereka boleh melaraskan tetapan Tone, Tonality dan Texture untuk menghasilkan gaya fotografi tersendiri. Daripada segi penapis (filter), telefon ini menyediakan enam penapis Leica termasuklah Leica Sepia dan Leica Blue.

Ia juga menawarkan Leica Master-Lens System yang boleh mengambil gambar seperti menggunakan lensa 35mm Documentary Lens, 50mm Swirly Bokeh Lens dan 90mm Soft Focus Lens.

Sewaktu merekod video pula, Xiaomi 13T Pro menyokong rakaman 8K dengan profil warna 10-bit LOG 4:2:0 H.265 dengan sudahan LUT Rec.709. Sementara itu, Xiaomi 13T pula cuma boleh merakam video dalam resolusi 4K 30fps sahaja.

Di samping kamera, satu lagi ciri menarik pada siri telefon ini adalah daripada segi pengecasan, di mana Xiaomi 13T menyokong kadar 67W manakala Xiaomi 13T Pro menyokong kadar 120W HyperCharge yang boleh mengecas penuh baterinya dalam masa 19 minit sahaja.

Selain daripada itu, telefon ini dilengkapi spesifikasi canggih termasuklah cipset MediaTek Dimensity 9200+, skrin AMOLED 144Hz dan banyak lagi. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro:

Xiaomi 13T

Xiaomi 13T Pro

Anda boleh buat pra-tempahan untuk siri Xiaomi 13T sebelum 6 Oktober 2023 untuk dapatkan harga diskaun untuk varian memori terpilih. Setiap pembelian siri Xiaomi 13T juga akan disertakan dengan penggantian skrin satu kali secara percuma (dalam tempoh enam bulan selepas pembelian), storan awanan Google One sebanyak 100GB selama enam bulan serta waranti lanjutan 1+1 tahun.

Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro boleh didapati di kedai-kedai Authorised Xiaomi Stores, Lazada, Shopee dan pengedar-pengedar sah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Xiaomi 13T dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version