Site icon TechNave BM

Xiaomi 14 Ultra mungkin akan dibuat dengan titanium

Pada waktu ini, beberapa telefon pintar premium seperti iPhone 15 Pro Max dan Samsung Galaxy S24 Ultra mempunyai rangka yang dibuat daripada titanium untuk ketahanan yang lebih tinggi. Selain itu, ia turut menurunkan berat telefon kerana ia lebih ringan daripada aluminium yang selalunya digunakan dalam kebanyakan telefon.

Kini, Xiaomi juga dilaporkan akan menggunakan bahan titanium untuk telefon premium yang seterusnya, Xiaomi 14 Ultra. Sungguh pun begitu, ini tidak bermaksud setiap unit Xiaomi 14 Ultra akan dibina dengan titanium, sebaliknya ia hanya akan dikhususkan untuk Xiaomi 14 Ultra Edisi Khas Titanium.

Jika benar, ia akan mengikuti langkah Xiaomi 14 Pro yang turut ditawarkan dalam edisi khas Xiaomi 14 Pro Titanium, dijual dengan harga lebih mahal daripada Xiaomi 14 Pro asal.

Selain itu, varian memori yang dikhabarkan untuk Xiaomi 14 Ultra termasuklah 12GB+256GB, 16GB+512GB dan 16GB+1TB. Spesifikasi lain untuk telefon ini termasuklah:

Ia dijangka akan dilancar pada 25 Februari ini bersama pelancaran antarabangsa untuk siri Xiaomi 14 di Barcelona, Sepanyol. Ia juga telah mendapat pengiktirafan EMVCo yang mungkin menunjukkan pelancarannya dalam masa terdekat.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91 Mobiles

Exit mobile version