Siri telefon pintar terbaharu Xiaomi 17 telah mencapai pencapaian jualan luar biasa hanya dalam tempoh dua hari selepas pelancarannya. Dalam tempoh singkat, jualan siri Xiaomi 17 telah melepasi angka satu juta unit dengan Xiaomi 17 Pro Max menyumbang lebih separuh daripada jumlah keseluruhan, diikuti oleh versi Pro.
Kedua-dua model ini berjaya mengekalkan tanda harga 6,000 Yuan (~RM3,940) yang menunjukkan kedudukan lebih kukuh untuk barisan peranti andalan Xiaomi. Walau bagaimanapun, terdapat kritikan terhadap ketiadaan pilihan storan 1TB pada model standard Xiaomi 17 ketika pelancaran.
Xiaomi segera bertindak dengan mengumumkan pengeluaran besar-besaran varian tersebut yang akan mula dijual secara rasmi pada 5 Oktober pada harga 5,299 Yuan (~RM3,480). Harganya adalah 200 Yuan (~RM130) lebih rendah berbanding versi sama pada siri Xiaomi 15 sebelum ini.
Siri Xiaomi 17 sudah pun mengatasi kelajuan jualan Xiaomi 15 dan beliau yakin jumlah keseluruhan akan mengatasi generasi terdahulu. Meskipun berdepan kekurangan stok serta permintaan tinggi bagi sesetengah konfigurasi, Xiaomi berjanji untuk meningkatkan bekalan agar pelanggan dapat memiliki peranti mereka dengan lebih cepat.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Xiaomi Welt

