More

    Siri Xiaomi 17 Pro dilancar dengan skrin sekunder, SD 8 Elite Gen 5 dan kamera Leica 50MP bermula ~RM3,250

    Xiaomi secara rasmi melancarkan dua peranti andalan terbaharu iaitu Xiaomi 17 Pro dan Xiaomi 17 Pro Max yang tampil dengan inovasi skrin sekunder penuh di bahagian belakang serta prestasi dipacu cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.

    Xiaomi 17 Pro hadir dengan paparan utama 6.3 inci LTPO beresolusi tinggi dengan kadar segar semula 1 hingga 120Hz, kecerahan puncak 3,500 nits dan dilindungi kaca Dragon Crystal Glass. Menariknya, ia turut dilengkapi skrin sekunder 2.7 inci di bahagian belakang dengan resolusi 904 x 572 piksel dan sokongan 120Hz.

    Skrin ini bukan sahaja boleh digunakan untuk swafoto menggunakan kamera utama, tetapi juga sebagai kawalan muzik, notifikasi, pemasa, malah boleh dijadikan konsol permainan mudah alih dengan aksesori tambahan. 17 Pro dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.1 sehingga 1TB selain sistem penyejukan vapor chamber berkeluasan 4,637mm².

    Kapasiti bateri mencecah 6,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W berwayar, 50W wayarles dan pengecasan berbalik 22.5W. Bahagian kamera menempatkan tiga sensor 50MP dengan kerjasama Leica. Kamera utama menggunakan sensor 1/1.28” Light Fusion 950L bersama lensa Leica Summilux f/1.67 dengan OIS, manakala kamera telefoto periskop menawarkan zum optikal 5x dengan kemampuan makro sehingga jarak 20cm. Turut melengkapinya ialah kamera ultra-lebar 102° dan kamera swafoto 50MP di bahagian hadapan.

    Bagi model lebih besar, Xiaomi 17 Pro Max membawakan skrin utama 6.9 inci LTPO dengan sokongan 12-bit warna, kadar segar semula 1 hingga 120Hz dan kecerahan sehingga 3,500 nits. Skrin sekundernya berukuran 2.9 inci dengan resolusi 976 x 596 piksel. Ia mengekalkan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 sama, namun dipadankan dengan ruang penyejukan lebih besar berkeluasan 5,533mm².

    Bateri pula jauh lebih besar iaitu 7,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W, pengecasan wayarles 50W dan pengecasan berbalik 22.5W. Sistem kameranya hampir sama dengan 17 Pro tetapi versi Pro Max menampilkan lensa telefoto periskop lebih baik dengan sensor 1/2” ISOCELL GN8 dan apertur f/2.6. Kedua-dua model ini dilengkapi penarafan IP68 kalis debu dan air.

    Model Pro mampu bertahan sehingga kedalaman 4 meter di dalam air tawar manakala 17 Pro Max sehingga 6 meter. Di China, Xiaomi 17 Pro ditawarkan pada harga ~RM3,250 untuk model 12/256GB, ~RM3,445 untuk 12/512GB, ~RM3,640 untuk 16/512GB dan ~RM3,900 untuk 16GB/ 1TB. Sementara itu, Xiaomi 17 Pro Max pula dijual pada harga bermula ~RM3,900 bagi 12/512GB, ~RM4,095 untuk 16/512GB dan ~RM4,550 untuk 16/1TB.

    Peranti ini sudah mula dijual di pasaran China dengan harga dan tarikh pelancaran global dijangka diumumkan dalam masa terdekat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Xiaomi 1|2

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...