Xiaomi mengesahkan pelancaran rasmi siri Xiaomi 17 untuk pasaran Malaysia yang akan berlangsung pada 28 Februari 2026 jam 9 malam (GMT+8) selari dengan acara global yang turut diadakan pada tarikh sama. Xiaomi 17 dan Xiaomi 17 Ultra bakal diperkenalkan dalam acara tersebut sebagai peranti mercu generasi baharu.
Peranti ini akan memfokuskan kepada keupayaan fotografi mudah alih dengan meneruskan kerjasama strategik dengan Leica dalam pembangunan sistem kamera. Siri Xiaomi 17 sebelum ini telah diperkenalkan di China pada 2025 dengan Xiaomi 17 hadir sebagai model asas menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, paparan LTPO AMOLED 120Hz dan bateri sehingga 7000mAh.
Xiaomi 17 Ultra pula menampilkan kamera lebih berkuasa termasuk sensor utama 50MP bersaiz 1 inci serta lensa telefoto periskop 200MP dengan sokongan zoom optikal berterusan selain skrin AMOLED 6.9 inci dan bateri sekitar 6800mAh.
Maklumat lanjut termasuk harga rasmi Malaysia, spesifikasi, storan dan tarikh jualan akan diumumkan sewaktu acara pelancaran rasmi pada 28 Februari ini. Untuk mendaftar minat dan promosi pelancaran peranti baharu ini, anda boleh klik di sini.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

