More

    Xiaomi 17 dan Xiaomi 17 Ultra dijangka dilancar secara global pada Mac ini

    Siri telefon pintar flagship baharu daripada Xiaomi iaitu Xiaomi 17 dan Xiaomi 17 Ultra dilaporkan akan membuat kemunculan global sekitar awal Mac 2026. Ia berkemungkinan dilancarkan bersempena acara Mobile World Congress 2026 berdasarkan sumber. Sumber turut mendedahkan spesifikasi harga anggaran dan model untuk pasaran global.

    Pelancaran global dilihat selari dengan strategi Xiaomi sebelum ini yang lazimnya memperkenalkan versi global beberapa bulan selepas pelancaran di China di mana siri Xiaomi 17 telah diumumkan di pasaran domestik pada penghujung Disember 2025 sebelum diperluas ke pasaran antarabangsa pada suku pertama tahun berikutnya.

    Laporan tersebut menyenaraikan anggaran harga rasmi Xiaomi 17 dijangka bermula sekitar €999 (~RM4,614) untuk storan 256GB dan sekitar €1,099 (~RM5,076) bagi varian 512GB manakala Xiaomi 17 Ultra pula dijangka ditawarkan pada harga sekitar €1,499 (~RM6,924) untuk storan 512GB. Xiaomi 17 Ultra dijangka menampilkan cip pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5, skrin LTPO AMOLED 120Hz, sistem kamera Leica dan lensa telefoto periskop beresolusi sehingga 200MP.

    Baterinya pula berkapasiti sekitar 6,000mAh bagi versi global serta menjalankan HyperOS 3 berasaskan Android 16. Xiaomi dijangka membawa model Xiaomi 17 dan Xiaomi 17 Ultra ke pasaran global manakala varian Pro atau Pro Max berkemungkinan kekal eksklusif untuk pasaran China selaras dengan pendekatan yang digunakan dalam beberapa generasi terdahulu.

    Secara keseluruhan, siri Xiaomi 17 dijangka meneruskan penawaran dalam segmen mercu premium dengan peningkatan pada sistem kamera, cip pemproses terkini dan kapasiti bateri lebih besar. Siri Xiaomi 17 berpotensi menjadi antara pesaing utama dalam kategori telefon pintar premium tahun ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Dealabs

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured