Site icon TechNave BM

Xiaomi bakal lancarkan tiga lagi telefon andalan Snapdragon 888 yang lebih mahal

Mengikut garis masa sebelum ini, biasanya Xiaomi akan melancarkan dua siri telefon andalan setiap tahun. Sementara pasaran global bakal menerima Xiaomi Mi 11 pada 25 Februari ini, Xiaomi dilapor bakal melancarkan tiga lagi peranti andalan dengan Snapdragon 888.

Menurut pendedah maklumat popular (maklumatnya sentiasa benar) di laman Weibo, ketiga-tiga peranti ini adalah peranti kelas andalan dan dijana Snapdragon 888. Menariknya, ia dilapor memiliki rekaan bentuk baharu dan harga yang lebih mahal. Nombor model untuk tiga peranti ini adalah M2102K1AC, M2102K1C dan M2011J18C.

Gambar dari Tech Buff dalam sumber berita lepas [Peranti ini didakwa sebagai Xiaomi Mi 11 Ultra]

Terdahulu, Xiaomi pernah bertanya orang awam jika masih ingin membeli peranti Xiaomi dengan harga yang mencecah ~RM6,000. Kehadiran telefon lipat Xiaomi, Mi MIX 4 dan tablet telah dijangka hadir pada tahun ini. Apa pun, kita pasti akan mendapat maklumat yang lebih jelas jika tiga peranti ini adalah telefon lipat Xiaomi atau telefon lain pada berita yang akan datang.

Adakah anda berminat jika peranti Xiaomi muncul dnegan harga lebih mahal? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mobile Zol

Exit mobile version