Site icon TechNave BM

Xiaomi CIVI dilancar: Cipset Snapdragon 778G, skrin 120Hz, cas pantas 55W bermula ~RM1,683

Pada hari ini, Xiaomi telah memperkenalkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan terbaru di China iaitu Xiaomi CIVI. Jenama “CIVI” adalah penjenamaan semula untuk Xiaomi CC dan ia menampilkan rekaan yang lebih bergaya, teknologi pengimejan yang lebih inovatif dan akan ditujukan kepada golongan belia.

Telefon ini menampilkan rekaan yang agak menarik, dengan skrin yang melengkung di bahagian sisi kanan dan kiri. Spesifikasinya juga sangat kompeten untuk telefon kelas pertengahan seperti skrin 120Hz, cipset Snapdragon 778G dan pengecasan pantas 55W.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Xiaomi CIVI:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi CIVI dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version