More

    Xiaomi CIVI dilancar: Cipset Snapdragon 778G, skrin 120Hz, cas pantas 55W bermula ~RM1,683

    Pada hari ini, Xiaomi telah memperkenalkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan terbaru di China iaitu Xiaomi CIVI. Jenama “CIVI” adalah penjenamaan semula untuk Xiaomi CC dan ia menampilkan rekaan yang lebih bergaya, teknologi pengimejan yang lebih inovatif dan akan ditujukan kepada golongan belia.

    Telefon ini menampilkan rekaan yang agak menarik, dengan skrin yang melengkung di bahagian sisi kanan dan kiri. Spesifikasinya juga sangat kompeten untuk telefon kelas pertengahan seperti skrin 120Hz, cipset Snapdragon 778G dan pengecasan pantas 55W.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Xiaomi CIVI:

    • Cipset Snapdragon 778G 6nm
    • Skrin OLED 6.55 inci, melengkung di bahagian sisi
    • Kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 240Hz
    • RAM 8GB atau 12GB, menyokong fungsi RAM tambahan maya 3GB
    • Storan 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 32MP, turut mempunyai dua lampu di sebelahnya
    • Bateri 4,500mAh
    • Pengecasan pantas 55W, boleh cas penuh sepantas 45 minit
    • Pembesar suara stereo Dolby Atmos
    • Pilihan warna biru muda, hitam atau merah jambu
    • Ketebalan 6.98mm, berat 166 gram
    • Harga:
    • 8GB+128GB: CNY2,599 (~RM1,683)
    • 8GB+256GB: CNY2,899 (~RM1,877)
    • 12GB+128GB: CNY3,199 (~RM2,072)

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi CIVI dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave CN

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured