Site icon TechNave BM

Xiaomi, iQOO, HUAWEI & MediaTek tangguhkan acara pelancaran peranti mereka

Memandangkan kita memasuki bulan Disember, kami menjangkakan untuk melihat pelancaran peranti baharu oleh Xiaomi, iQOO dan HUAWEI. Tetapi, laporan terkini mengatakan ia perlu ditangguhkan di mana jenama-jenama tersebut mengumumkan berita itu di akaun Weibo masing-masing. Ini pasti ada kaitannya dengan MediaTek.

Daripada akaun Weibo rasmi MediaTek, butiran cipset MediaTek Dimensity 8200 dijadualkan akan didedahkan hari ini tetapi ia ditangguhkan atas sebab yang tidak diketahui. Dengan ini, Xiaomi perlu menangguhkan pelancaran produknya, begitu juga dengan iQOO dan HUAWEI.

Acara asal sepatutnya berlangsung pada 2 Disember dan kami masih tertunggu-tunggu akan tarikh pelancaran baharu. Kami menjangka bahawa cipset Dimensity 8200 akan dipaparkan dalam salah satu telefon pintar. Untuk iQOO, syarikat tersebut akan mengeluarkan siri iQOO 11 dan Neo7 SE

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version