More

    Xiaomi, iQOO, HUAWEI & MediaTek tangguhkan acara pelancaran peranti mereka

    Memandangkan kita memasuki bulan Disember, kami menjangkakan untuk melihat pelancaran peranti baharu oleh Xiaomi, iQOO dan HUAWEI. Tetapi, laporan terkini mengatakan ia perlu ditangguhkan di mana jenama-jenama tersebut mengumumkan berita itu di akaun Weibo masing-masing. Ini pasti ada kaitannya dengan MediaTek.

    Daripada akaun Weibo rasmi MediaTek, butiran cipset MediaTek Dimensity 8200 dijadualkan akan didedahkan hari ini tetapi ia ditangguhkan atas sebab yang tidak diketahui. Dengan ini, Xiaomi perlu menangguhkan pelancaran produknya, begitu juga dengan iQOO dan HUAWEI.

    Acara asal sepatutnya berlangsung pada 2 Disember dan kami masih tertunggu-tunggu akan tarikh pelancaran baharu. Kami menjangka bahawa cipset Dimensity 8200 akan dipaparkan dalam salah satu telefon pintar. Untuk iQOO, syarikat tersebut akan mengeluarkan siri iQOO 11 dan Neo7 SE. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured