Site icon TechNave BM

Xiaomi jelas kenapa pilih skrin LCD 144Hz, bukan AMOLED untuk Mi 10T

Anda pasti tahu mengenai peranti yang masih hangat di pasaran sehingga kini, Xiaomi Mi 10T. Peranti ini hadir dengan penawaran spesifikasi dan harga yang baik. Namun, spesifikasi skrinnya menjadi perdebatan dalam kalangan warganet. Eksekutif Xiaomi kini tampil menjelaskan sebab pemilihan skrin jenis IPS LCD 144Hz berbanding menggunakan skrin jenis AMOLED.

Menurut eksekutif Xiaomi Hoang Desjarlais, harga atau kos rendah adalah buka satu-satunya sebab pemilihan skrin ini. Lebih baik untuk menggunakan LCD berkualiti tinggi dan terbaik berbanding AMOLED yang tidak berkualiti. Tambah mereka, walaupun tanpa kajian saintifik yang lebih mendalam, terdapat pengguna yang mempunyai masalah keletihan mata menggunakan skrin OLED. Namun, jika anda pengguna yang menyukai skrin OLED/AMOLED, mereka boleh memilih siri Xiaomi Mi 10 dengan spesifikasi skrin tersebut.

Xiaomi turut menyatakan bahawa siri Xiaomi Mi 10T hadir bukan untuk menggantikan siri Xiaomi Mi 10. Siri Xiaomi Mi 10 hadir dengan spesifikasi berbeza seperti paparan melengkung AMOLED. Melalui hal ini, Xiaomi memberitahu bahawa mereka sebenarnya membuat sedikit undian dan kaji selidik mengenai skrin rata atau skrin melengkung. 60% pengguna memilih skrin rata. Oleh itu, Xiaomi mewujudkan pilihan lain seperti siri Xiaomi Mi 10T.

Xiaomi Mi 10 Ultra

Kami juga berpandangan bahawa Xiaomi memberi dua pilihan yang baik untuk pengguna iaitu; siri Xiaomi Mi 10 atau siri Xiaomi Mi 10T. Anda boleh membaca artikel lepas mengenai perbandingan di antara skrin LCD 120Hz dan skrin AMOLED 60Hz.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: techradar

Exit mobile version