More

    Skrin IPS LCD 120Hz atau AMOLED 60Hz, mana satu lagi baik?

    Soalan ini mungkin telah bermain dan berlari-lari di benak fikiran anda. Adakah skrin jenis IPS LCD dengan kadar segar semula 120Hz atau skrin jenis AMOLED dengan kadar segar semula standard 60Hz lebih baik untuk telefon pintar anda?

    Terdapat pelbagai jenama telefon yang melancarkan dua telefon dengan spesifikasi sama, hanya berbeza pada spesifikasi skrin yang membuatkan anda bingung.

    Anda juga mungkin sudah mencari dan membaca pandangan atau ulasan dari pengulas teknologi. Mari baca pula mengenai pandangan kami untuk membantu anda memilih jenis skrin manakah yang bersesuaian dengan anda!

    Kelemahan dan kebaikan

    Sebelum melihat kepada faktor lain, kami terangkan dahulu sedikit maklumat mengenai kebaikan dan kelemahan skrin IPS LCD 120Hz/AMOLED 60Hz.

    IPS LCD ialah jenis skrin yang lebih rendah kosnya berbanding AMOLED. Walaupun AMOLED berkos tinggi, namun ia mempunyai kebaikan dalam beberapa aspek.

    Dari segi tontonan, anda pastinya lebih menyukai larutan warna yang lebih baik. Larutan warna termasuklah warna hitam adalah lebih baik dan pekat pada skrin AMOLED berbanding skrin IPS LCD. Jika anda penggemar mod gelap, maka skrin AMOLED akan memuaskan pandangan mata anda.

    Dari segi kelancaran pula, telefon pintar memerlukan skrin dengan kadar semula tinggi. Kegunaan kadar segar semula adalah untuk kelancaran telefon anda sama ada dari segi penatalan, gaming dan yang seangkatan dengannya. Semakin tinggi, kadar segar semula, semakin lancar pengalaman anda menggunakan telefon pintar. Jadi, IPS LCD 120Hz adalah lebih baik berbanding AMOLED 60Hz.

    Seiring dengan aspek gaming, anda pastinya memerlukan kelancaran. Oleh itu, skrin dengan kadar segar semula tinggi adalah lebih baik.

    "
    "

    Namun dari segi penggunaan bateri pula, skrin AMOLED 60Hz adalah lebih baik. Skrin IPS LCD 120Hz perlu menyegar semula dua kali ganda berbanding AMOLED 60Hz dan ianya lebih banyak ‘memakan’ kuasa bateri telefon anda.

    Kegunaan anda

    Seterusnya, perkara utama sekali yang anda perlu pertimbangkan adalah penggunaan telefon pintar anda. Adakah anda jenis pengguna kasual biasa (telefon pintar untuk media sosial, bukan gamer tegar, hiburan) atau anda lebih banyak menggunakan telefon pintar untuk game?

    Jika anda adalah pengguna telefon pintar kasual biasa; contohnya bermain game pada tahap biasa sahaja, untuk media sosial, hiburan seperti menonton filem dan mendengar muzik, anda sebenarnya lebih memerlukan skrin jenis AMOLED 60Hz.

    Walaupun tidak selancar IPS LCD 120Hz, namun ianya tidak menjadi masalah kerana anda bukannya gamer tegar yang peka dengan kelancaran. 60Hz juga sudah cukup lancar untuk pengguna biasa. Pengalaman tontonan filem anda, pemandangan anda akan lebih puas dengan warna skrin yang lebih cantik. Tambahan pula, bateri telefon anda tidak akan cepat habis.

    Jika anda adalah gamer tegar, kami pasti mata anda dahagakan ‘kasih sayang’ kelancaran. Oleh itu, skrin IPS LCD 120Hz mungkin lebih baik untuk anda. Jenis skrin AMOLED atau IPS LCD tidak memberi pengaruh dalam kelancaran. Ianya hanya memberi pengaruh untuk warna grafik yang lebih baik. Anda memerlukan kadar segar semula yang lebih tinggi untuk kelancaran.

    Dengan semua saranan yang kami beritahu ini, sebenarnya ada satu faktor lagi yang mungkin mengubah keputusan sama ada skrin IPS LCD 120Hz atau AMOLED 60Hz lebih baik. Baca faktor seterusnya pula yang menentukan pilihan anda!

    Skrin terdahulu atau yang anda guna sekarang

    Jika anda sekarang sudah menggunakan skrin jenis AMOLED, anda mungkin berasa janggal untuk bertukar kepada skrin jenis IPS LCD walaupun ianya dengan kadar segar semula 120Hz. Mata anda sudah terbiasa dengan larutan warna yang baik.

    Berbeza pula dengan pengguna IPS LCD 120Hz yang ingin bertukar ke AMOLED 60Hz. Anda mungkin dapat merasakan kelancaran yang kurang memuaskan, tetapi anda bakal terlupa kerana dipengaruhi oleh warna skrin yang baik.

    Namun, sekali lagi ia bergantung kepada jenis pengguna. Jika anda peka tentang kelancaran, anda akan berasa janggal untuk menurun taraf ke skrin dengan kadar segar semula lebih rendah walaupun ianya adalah AMOLED.

    Terbaik untuk orang lain, tak semestinya terbaik untuk anda

    Kami sudah memberitahu sedikit sebanyak mengenai kebaikan dan kelemahan skrin IPS LCD 120Hz dan AMOLED 60Hz. Perlu diingatkan sekali lagi bahawa ini bukan perbandingan umum IPS LCD dan AMOLED, tetapi IPS LCD 120Hz dan AMOLED 60Hz.

    Setelah mengetahui sedikit sebanyak tentang kelemahan dan kebaikan dua jenis skrin ini, anda juga perlu pertimbangkan faktor skrin terdahulu atau skrin yang anda guna sekarang (jika anda ingin beli telefon baru).

    Jadi, kami sarankan anda memilih mengikut kegunaan anda dan keselesaan mata anda. Mungkin rakan anda menyukai skrin AMOLED 60Hz, namun ia tidak semestinya terbaik untuk anda. Begitu juga dengan keadaan sebaliknya. Jika rakan anda menyukai skrin IPS LCD 120Hz, mungkin ia disukai oleh rakan anda, tetapi bukan anda.

    Semestinya, skrin AMOLED dengan kadar segar semula tinggi adalah lebih baik. Namun dalam penulisan ini, kami hanya membincangkan mengenai IPS LCD 120Hz dan AMOLED 60Hz sahaja.

    Anda juga boleh membaca mengenai 5 kesilapan pembelian telefon pintar yang kerap dilakukan dan sebab kenapa anda tak perlu rakam video dengan resolusi 4K dalam telefon pintar.

    Anda ada pandangan tersendiri mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Samsung kini pilih ChatGPT untuk bantu pembangunan produk dan operasi syarikat

    Samsung dan OpenAI kini mengembangkan kerjasama mereka ke peringkat baharu apabila Samsung dilaporkan akan menyediakan ChatGPT Enterprise dan Codex kepada semua pekerja...

    Tecno Camon 50 Slim tiba dengan 354 mini-LED belakang, skrin 144Hz dan ketebalan hanya...

    Tecno secara senyap-senyap telah menyenaraikan Camon 50 Slim pada laman global mereka yang mendedahkan hampir keseluruhan spesifikasi dan ciri telefon tersebut. Buat...

    Xiaomi YU7 GT jadi kereta pertama catat rekod pusingan tanpa pemandu di Nurburgring

    Litar Nürburgring Nordschleife di Jerman terkenal sebagai antara litar paling mencabar di dunia, tetapi kali ini ia menjadi lokasi percubaan yang berbeza...

    MC digital bakal diperkenal, bantu majikan sahkan ketulenan sijil cuti sakit pekerja

    Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung sindiket MC palsu yang dipercayai beroperasi sejak sedekad lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr...

    Model AI China GLM-5.2 pintas Claude Fable 5 dalam reka bentuk laman web

    Z.ai menerusi model AI terbaharunya, GLM-5.2, dilaporkan berjaya meraih kedudukan pertama dalam carta Design Arena bagi kategori reka bentuk web HTML satu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...