Menurut Counterpoint Research, Xiaomi telah mengatasi Apple buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun. Xiaomi kini memegang takhta jenama telefon pintar kedua terbesar di dunia menurut data Ogos 2024. Kejayaan ini mungkin bersifat sementara memandangkan Apple telah melancarkan iPhone 16 pada minggu lepas.
Dan kebiasaannya, jualan Apple akan kembali meningkat semula untuk bulan-bulan berikutnya. Untuk pengetahuan, tahun ini Xiaomi menghasilkan sedikit produk berbanding tahun lepas kerana mereka dilihat lebih menumpukan kepada produk tertentu pada kategori harga yang berbeza untuk memenangi pengguna.
Xiaomi juga akan melancarkan telefon perdana terbaharu mereka iaitu Xiaomi 14T pada minggu ini. Sementara itu, Samsung kekal di kedudukan pertama untuk jenama telefon pintar terbesar di dunia. Kini, pelbagai pengeluar peranti mula menumpukan kepada integrasi kecerdasan buatan dan bukan hanya menghasilkan telefon daripada segi spesifikasi teknikal semata-mata.
Laporan ini akan menjadi lebih menarik untuk melihat bagaimana data akan mempengaruhi trend pembelian di Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Counterpoint

