More

    iPhone 16 dilancar di Malaysia dengan harga lebih murah berbanding iPhone 15, jadi adakah anda patut beli?

    Sewaktu Apple melancarkan siri telefon pintar iPhone 16 dan iPhone 16 Pro pada awal bulan ini, syarikat teknologi itu menurunkan harga telefonnya untuk pasaran Malaysia dan menjadikannya lebih rendah berbanding harga siri iPhone 15 sewaktu pelancarannya pada tahun lepas.

    Sebagai contoh, harga iPhone 16 dalam storan terendah 128GB dijual pada harga RM3,999, lebih rendah daripada iPhone 15 128GB yang dijual pada harga RM4,399 sewaktu pelancarannya pada tahun lepas. Ini menyaksikan perbezaan harga sehingga RM400.

    Untuk model iPhone 16 Pro 128GB pula, ia dijual pada harga RM4,999, lebih rendah daripada iPhone 15 Pro 128GB yang dijual pada harga RM5,499 sewaktu pelancarannya pada tahun lepas. Ini menyaksikan penurunan harga sehingga RM500 untuk iPhone 16 Pro.

    Dalam tahun-tahun sebelum ini, selalunya Apple menaikkan harga untuk model iPhone baru sebanyak RM200 hingga RM300 berbanding model sebelumnya. Oleh yang demikian, penurunan harga untuk siri iPhone 16 ini agak mengejutkan.

    Anda boleh lihat sendiri harga iPhone yang dilancar di Malaysia sejak 2020:

    Harga iPhone 16 sewaktu pelancaran lebih rendah berbanding iPhone 15, sesuatu yang tidak berlaku sebelum ini

    Mengapa harganya diturunkan?

    Pada waktu ini, Apple masih belum mendedahkan sebarang maklumat rasmi mengenai punca penurunan harga iPhone 16 untuk pasaran Malaysia, jadi dalam artikel ini, kami hanya akan menghuraikan teori kami tentang sebab-sebab penurunan ini.

    Beberapa penulis kami berpendapat penurunan harga ini adalah kerana kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika Syarikat terkini (1 USD = RM4.30) yang menjadi semakin baik berbanding tahun lalu (1 USD = RM4.68). Sungguh pun begitu, pada 2021, kadar pertukaran antara dua mata wang ini adalah lebih rendah (1 USD = RM4.02), namun harga iPhone 13 tidak menyaksikan penurunan berbanding iPhone 12, malah kekal pada harga yang sama.

    Selain daripada itu, situasi ekonomi seperti cabaran dalam rantaian bekalan global, turun naik nilai mata wang serta perubahan dalam tabiat perbelanjaan pengguna mungkin menjadi faktor penurunan harga iPhone 16. Baru-baru ini, Apple telah memindahkan beberapa kilang dari China ke India dan ini mungkin memainkan peranan. Jualan iPhone dalam pasaran luar Amerika Syarikat dan China juga telah menyumbang kepada penurunan ini.

    "
    "
    Adakah penurunan harga iPhone 16 disebabkan oleh pertukaran MYR-USD yang semakin baik?

    Bagaimana ia akan mempengaruhi jenama telefon lain

    Penurunan harga siri iPhone 16 mungkin akan memberi tekanan kepada jenama telefon lain untuk melakukan perkara sama. Jika jenama anda menjual telefon flagship pada harga RM3,999, adakah anda yakin rakyat Malaysia akan memilih telefon anda dan bukannya iPhone 16? Oleh itu, jenama-jenama telefon lain perlu memikirkan semula strategi penjualan untuk kekal relevan, seperti menurunkan harga atau menawarkan lebih banyak fungsi.

    Apa-apa pun, pengguna Malaysia yang akan mendapat manfaat daripada persaingan antara jenama-jenama telefon ini. Dengan Apple menurunkan harga iPhone 16, pelanggan kini mempunyai lebih banyak pilihan dalam bajet mereka. Jenama lain kini perlu bersaing untuk menawarkan promosi yang lebih menarik, terutamanya untuk model flagship.

    Rakyat Malaysia memang suka berfikir tentang gajet

    Konklusi – Lebih banyak flagship yang mampu milik?

    Secara keseluruhan, kami percaya penurunan harga untuk siri iPhone 16 adalah langkah strategik oleh Apple untuk kekal kompetitif dalam industri. Ia pasti akan memberi impak kepada jenama lain untuk menawarkan harga dan kualiti produk yang setaraf, namun setakat ini, jenama lain masih belum memberi tindak balas berkenaan penurunan harga ini, jadi kami mencadangkan anda untuk tunggu dahulu sebelum membeli sebarang telefon baru.

    Pada masa yang sama, untuk para pengguna Apple yang sudah berfikir lama untuk menaik taraf iPhone, sekarang adalah waktu yang amat sesuai untuk membeli iPhone yang terkini.

    Jadi adakah anda akan membeli mana-mana siri iPhone 16? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Diterjemahkan daripada TechNave Bahasa Inggeris]

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured