Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 10S akan menyokong pengecasan pantas 50W, pengecasan wayarles 30W

Telefon pintar Mi 10S sudah pun disahkan pelancarannya pada 10 Mac (hari ini) dan Xiaomi telah berkongsi pelbagai maklumat untuk telefon itu. Terbaru, Xiaomi mengatakan Mi 10S akan menyokong pengecasan pantas 50W, pengecasan wayarles 30W dan pengecasan berbalik 10W.

Kapasiti baterinya masih belum disahkan, namun ia mungkin tidak jauh berbanding kapasiti bateri Mi 10 biasa iaitu sebanyak 4,780mAh. Setakat ini, spesifikasi yang sudah disahkan untuk Mi 10S adalah cipset Snapdragon 870 dan pembesar suara Harman Kardon.

Gambar yang telah dikongsi untuk Mi 10S menunjukkan reka bentuk yang sangat serupa dengan Mi 10 Ultra. Kongsi pendapat anda tentang telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mydrivers

Exit mobile version