More

    Mi 10S akan dilancar pada 10 Mac

    Terdahulu, kami telah melaporkan bahawa Xiaomi mungkin akan melancarkan satu lagi telefon dalam siri Mi 10 iaitu Mi 10S yang dilengkapi cipset Snapdragon 870. Kini Xiaomi sudah pun mengesahkan kewujudan telefon itu di mana ia akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Mac jam 2:00 petang waktu China.

    Selain itu, seorang pengguna Weibo sudah berkongsi rupa penuh telefon tersebut yang amat menyerupai Mi 10 Ultra termasuklah pembesar suara daripada Harmon Kardon. Ia juga mungkin akan dilengkapi pengecasan pantas 33W.

    Poster rasmi untuk Mi 10S
    Rupa Mi 10S yang dimuat naik oleh netizen Weibo

    Walau bagaimanapun, permukaan belakang Mi 10S nampak legap dan bukan separa lutsinar seperti Mi 10 Ultra.

    Beritahu kami di Facebook jika anda masih berminat dengan Mi 10S pada tahun ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...