Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 Lite dikesan dalam Google Play Console dengan spesifikasi asas

Sebelum ini, telefon pintar Xiaomi Mi 11 Lite telah pun dikesan dalam penyenaraian SIRIM, menandakan ketibaannya yang semakin hampir. Kini satu lagi maklumat tentang kewujudan peranti itu sudah pun muncul dalam Google Play Console.

Platform aplikasi Google itu turut menyenaraikan beberapa spesifikasi asas untuk Mi 11 Lite, seperti cipset Snapdragon 765 dan RAM 8GB. Di samping itu, skrinnya dengan resolusi 1080×2400 dan ketumpatan piksel 440 DPI (dots per inch) mungkin menunjukkan skrin yang berukuran sekitar 6.1 inci.

Selain itu, terdapat juga maklumat yang menyatakan ia akan terdiri dalam dua varian memori iaitu 6GB+64GB dan 8GB+128GB. Daripada segi tenaga pula, ia akan mempunyai bateri 4,150mAh dan pengecasan pantas 33W.

Mi 11 standard merupakan antara telefon yang paling dinantikan untuk 2021 kerana ia adalah telefon pertama dengan Snapdragon 888. Buat mereka yang tidak mampu membeli Mi 11, telefon Mi 11 Lite mungkin adalah alternatif yang menarik.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version