Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 sah dilancar pada 29 Disember, telefon pertama Snapdragon 888

Sebelum ini, beberapa sumber termasuk pihak Xiaomi sendiri telah mengacah kehadiran dan spesifikasi peranti andalan seterusnya. Terkini, Xiaomi telah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi siri Xiaomi Mi 11 di pasaran China.

Menurut pengumuman yang dibuat melalui Xiaomi Store China, Mi 11 bakal dilancar secara rasmi pada 29 Disember 2020, 7:30 malam dan anda boleh menonton siaran langsungnya.

Sepintas lalu, Xiaomi Mi 11 bakal hadir dengan Snapdragon 888, RAM 8GB dan menyokong pengecasan pantas 55W. Terdahulu, terdapat gambar yang mendedahkan rekaan Xiaomi Mi 11, tetapi masih tidak diketahui kesahihannya.

Adakah anda berminat dengan Xiaomi Mi 11? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version