More

    Gambar Xiaomi Mi 11 terdedah, rekaan belakang lain daripada yang lain

    Sebelum ini, kami pernah memaklumkan mengenai Xiaomi Mi 11 termasuklah rekaan dan spesifikasinya yang masih belum rasmi. Terkini, terdapat beberapa gambar yang tular, menyamai khabar angin rekaan Xiaomi Mi 11 sebelum ini.

    Melihat kepada gambar, sepertinya ia mengesahkan khabar angin sebelum ini. Anda boleh melihat kembali sarung pelindungnya yang menunjukkan reka bentuk panel belakang Xiaomi Mi 11 dan Xiaomi Mi 11 Pro.

    Melalui gambar ini juga, rekaan panel belakang terutama pada bahagian kamera utama dilihat agak unik. Setakat ini, sudah ada jenama telefon pintar yang memiliki rekaan modul kamera petak, tetapi tidak sama dengan rekaan pada peranti yang didakwa sebagai Xiaomi Mi 11 ini.

    Memandangkan ia mungkin dilancar pada bulan Disember ini, kami pasti terdapat berita yang lebih jelas mengenai reka bentuknya pada hari yang akan datang. Kongsikan pandangan anda mengenai rekaan Xiaomi Mi 11 di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Ice Universe

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...