Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 11 Ultra melepasi kelulusan di Indonesia, bukti pelancaran global makin hampir!

Adakah spesifikasi peranti andalan Xiaomi Mi 11 sudah mencukupi untuk anda? Anda kini perlu bersedia untuk melihat prestasi varian lebih tinggi dalam siri Xiaomi Mi 11. Xiaomi Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra dilapor sudah melepasi kelulusan agensi tertentu yang membawa makna pelancarannya sudah semakin hampir.

Menurut sumber, Mi 11 Ultra telah melepasi kelulusan agensi telekomunikasi di Indonesia. Melalui paparan kelulusannya seperti di bawah, tiada maklumat spesifikasi yang dapat dilihat. Namun, anda boleh melihat jangkaan spesifikasi Xiaomi Mi 11 Ultra pada berita yang lalu di pautan ini.

Sementara itu, Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra turut dikesan melepasi kelulusan TENAA. Kelulusan melalui beberapa agensi ini telah membuktikan bahawa peranti bervarian tinggi ini bakal dilancar dalam waktu terdekat. Apa yang kita perlu tunggu hanyalah acahan spesifikasi rasmi dan tarikh pelancaran dari Xiaomi.

Terdahulu, terdapat pengulas teknologi Filipina yang telah memuat naik video Mi 11 Ultra. Walaupun video tersebut telah dipadam, namun anda masih melihat tangkapan gambar dari videonya.

Adakah anda teruja dengan kemunculan Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version