Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi 12 dan Redmi K50 dikhabarkan akan gunakan cipset Snapdragon 898

Xiaomi telah melancarkan telefon pintar Mi 11 dan Redmi K40 pada awal tahun ini dan ianya hadir dengan ciri andalan bersama harga yang berpatutan. Kini, mereka dilihat telah bersiap sedia untuk melancarkan Xiaomi Mi 12 dan Redmi K50 dalam beberapa bulan akan datang.

Mengikut sumber, beberapa model Mi 12 dan Redmi K50 dilihat telah disenaraikan di dalam talian dengan nombor L1C, L2C, L3AC, L10AC dan L11C. Model Mi 12 dikhabarkan akan menggunakan cipset Snapdragon 898, manakala Redmi K50 hadir dengan dua cipset berbeza iaitu Snapdragon 898 dan Snapdragon 888.

Siri Redmi K40

Untuk spesifikasi pula, Mi 12 dijangka akan hadir dengan penambahbaikan pada skrin dan kameranya. Ia mungkin hadir dengan skrin LTPO dengan kadar segar semula 120Hz bersama sensor kamera Samsung GN3.

Manakala Redmi K50 juga dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang hampir sama dengan Mi 12. Ia mempunyai beberapa model berbeza dengan tanda harga yang lebih berpatutan.

Sebelum kedua-dua siri ini dilancarkan, Xiaomi dijangka akan perkenalkan siri Mi 11T dalam masa yang terdekat (mungkin 15 September).

Berikan komen anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version