Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Pad 5 Pro bakal dilengkapi cipset SD870, varian standard dengan SD860

Sejak akhir-akhir ini, tablet Xiaomi Mi Pad 5 adalah peranti yang sering kali muncul di dalam talian. Sebelum ini, terdapat sumber yang menyatakan bahawa peranti ini mungkin akan dilancarkan seawal bulan Julai 2021. Ini tidak mengejutkan kerana beberapa spesifikasi penting peranti ini telah pun tertiris dalam talian, termasuklah cipsetnya.

Mengikut Digital Chat Station, sebuah peranti Xiaomi dengan nombor model M2105K81C telah disahkan. Peranti ini dikatakan adalah Mi Pad 5 Pro dan ianya dilihat menggunakan cipset Snapdragon 870. Ia juga dikhabarkan akan hadir dengan RAM 16GB bersama storan 1TB. Pada masa yang sama, versi standard pula dikatakan akan menggunakan cipset Snapdragon 860.

Untuk spesifikasi lain, Mi Pad 5 Pro dijangka hadir dengan skrin 11 inci dengan resolusi 2560×1600, kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 240Hz. Peranti ini juga dikatakan akan menyokong stilus yang mempunyai sensitiviti tekanan 4096 tahap.

Apa pun, nantikan pelancaran rasmi tablet ini dalam masa yang terdekat. Beritahu kami komen anda di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Diterjemahkan dari TechNave

Exit mobile version