Site icon TechNave BM

Xiaomi Mi Pad 5 versi global muncul di GeekBench, bakal dilancar 15 September ini, berharga ~RM 1,974

Selepas Xiaomi melancarkan Xiaomi Mi Pad 5 untuk pasaran China, syarikat itu dilihat sedang mempersiapkan tablet tersebut untuk pasaran global pula. Xiaomi Mi Pad 5 versi global bakal dilancarkan pada 15 September ini bersama telefon pintar siri Mi 11T. Kini, muncul di laman sesawang GeekBench dengan nombor model 21051182G yang mana ia mungkin Xiaomi Mi Pad 5 versi global.

Model ini dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 860 yang beroperasi sehingga 3.19GHz dengan menggunakan kod nama ‘Nabu’. Dalam ujian teras tunggal di Geekbench, tablet dengan nombor model M2105K81AC memperoleh 781 mata sementara dalam ujian pelbagai teras, ia memperoleh 2800 mata.

Keputusan ini lebih rendah mata daripada Mi Pad 5 Pro yang dikuasakan oleh Snapdragon 870 yang mana ianya mendapat skor 997 dalam ujian teras tunggal dan 3181 mata dalam ujian pelbagai teras yang dijalankan oleh GeekBench. Peranti ini hadir dengan panel skrin WQHD+ 11 inci, segar semula skrin 120Hz, RAM 6GB, dwi-sel bateri berkapasiti 8720mAh dan pembesar suara quad.

Tablet ini muncul di laman sesawang Belarus dengan harga BYN 1199 (~RM 1,974) untuk model RAM 6GB + 128GB. Harga yang ditunjukkan jauh lebih tinggi daripada pasaran di China yang berharga 1999 yuan (~RM 1,284) untuk model yang sama.

Harga runcit rasmi untuk Xiaomi Mi Pad 5 versi global mungkin tidak setinggi itu tetapi kami tidak menjangkakan bahawa harganya lebih murah daripada pasaran di China. Nantikan butiran lanjut mengenai Xiaomi Mi Pad 5 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version