Xiaomi telah melancarkan telefon bimbit MIX 4 pada tahun lepas dengan menggunakan badan seramik dan dilengkapi perkakasan andalan termasuk kamera 100 megapiksel, kamera hadapan bawah skrin serta cip Snapdragon 888 Plus. Kini, nampaknya Xiaomi MIX 5 juga bersedia untuk dilancarkan tidak lama lagi.
Dijangkakan Xiaomi MIX 5 akan dilancarkan pada bulan Ogos atau September tahun ini. Pada masa ini, telefon itu telah muncul di laman web Geekbench dengan nombor modelnya adalah 2203121C dan ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen1 dengan frekuensi 3.00GHz dipasang bersama Adreno 730 GPU.
Versi yang disenaraikan di Geekbench mempunyai RAM 12GB dan menjalankan Android 12 dan menggunakan antara muka MIUI 13. Peranti ini memperoleh markah 1257 dan 3456 pada ujian teras tunggal dan berbilang teras Geekbench.
Pada masa ini, butiran lain mengenai Xiaomi MIX 5 masih tidak diketahui dan kami masih menunggu maklumat rasmi daripada Xiaomi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: ITHome

