More

    Xiaomi MIX 5 muncul di Geekbench, dilengkapi Snapdragon 8 Gen1

    Xiaomi telah melancarkan telefon bimbit MIX 4 pada tahun lepas dengan menggunakan badan seramik dan dilengkapi perkakasan andalan termasuk kamera 100 megapiksel, kamera hadapan bawah skrin serta cip Snapdragon 888 Plus. Kini, nampaknya Xiaomi MIX 5 juga bersedia untuk dilancarkan tidak lama lagi.

    Dijangkakan Xiaomi MIX 5 akan dilancarkan pada bulan Ogos atau September tahun ini. Pada masa ini, telefon itu telah muncul di laman web Geekbench dengan nombor modelnya adalah 2203121C dan ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen1 dengan frekuensi 3.00GHz dipasang bersama Adreno 730 GPU.

    Versi yang disenaraikan di Geekbench mempunyai RAM 12GB dan menjalankan Android 12 dan menggunakan antara muka MIUI 13. Peranti ini memperoleh markah 1257 dan 3456 pada ujian teras tunggal dan berbilang teras Geekbench.

    Pada masa ini, butiran lain mengenai Xiaomi MIX 5 masih tidak diketahui dan kami masih menunggu maklumat rasmi daripada Xiaomi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured