Site icon TechNave BM

Xiaomi NoteBook Pro 120G bakal diumum pada 30 Ogos ini

Apabila bercakap tentang komputer riba, pembeli cenderung menunggu CPU atau GPU terkini sebelum membuat keputusan pembelian. Tetapi jika anda ingin mendapatkannya dengan harga yang murah, terdapat banyak pilihan yang tersedia dalam pasaran. Menariknya, Xiaomi NoteBook Pro 120G bakal diumum bagi bersaing dalam pasaran komputer riba.

Menurut Xiaomi India, Xiaomi NoteBook Pro 120G akan diumumkan pada 30 Ogos 2022. Mungkin ‘120G’ adalah kadar penyegaran paparan 120Hz. Itulah spesifikasi yang sama ditemui dalam panel paparan untuk Xiaomi NoteBook Pro 14/15 tahun lepas.

Untuk pengetahuan, Xiaomi NoteBook Pro 2021 mempunyai CPU Intel Core i7-11370H atau Core i5-11300H, RAM 16GB dan SSD 512GB. Ia juga mempunyai bateri 66WHr, papan kekunci berlampu latar, kamera web 720p dan banyak lagi. Kami menjangkakan model baharu itu akan datang dengan CPU Intel Core Generasi ke-12 terkini, bateri yang lebih besar dan mungkin kamera web 1080p.

Sebelum ini, Xiaomi NoteBook Pro 14 dan 15 tidak dipasarkan di Malaysia. Kali ini, Xiaomi NoteBook Pro 120G juga tidak akan dilancarkan di sini. Tetapi ia sepatutnya menjadi pilihan yang berpatutan bagi mereka yang memerlukan komputer riba baharu. Adakah anda akan membeli satu jika ia dijual di sini?

Beritahu kami di Facebook pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter Xiaomi

Exit mobile version