More

    Xiaomi NoteBook Pro 120G bakal diumum pada 30 Ogos ini

    Apabila bercakap tentang komputer riba, pembeli cenderung menunggu CPU atau GPU terkini sebelum membuat keputusan pembelian. Tetapi jika anda ingin mendapatkannya dengan harga yang murah, terdapat banyak pilihan yang tersedia dalam pasaran. Menariknya, Xiaomi NoteBook Pro 120G bakal diumum bagi bersaing dalam pasaran komputer riba.

    Menurut Xiaomi India, Xiaomi NoteBook Pro 120G akan diumumkan pada 30 Ogos 2022. Mungkin ‘120G’ adalah kadar penyegaran paparan 120Hz. Itulah spesifikasi yang sama ditemui dalam panel paparan untuk Xiaomi NoteBook Pro 14/15 tahun lepas.

    Untuk pengetahuan, Xiaomi NoteBook Pro 2021 mempunyai CPU Intel Core i7-11370H atau Core i5-11300H, RAM 16GB dan SSD 512GB. Ia juga mempunyai bateri 66WHr, papan kekunci berlampu latar, kamera web 720p dan banyak lagi. Kami menjangkakan model baharu itu akan datang dengan CPU Intel Core Generasi ke-12 terkini, bateri yang lebih besar dan mungkin kamera web 1080p.

    Sebelum ini, Xiaomi NoteBook Pro 14 dan 15 tidak dipasarkan di Malaysia. Kali ini, Xiaomi NoteBook Pro 120G juga tidak akan dilancarkan di sini. Tetapi ia sepatutnya menjadi pilihan yang berpatutan bagi mereka yang memerlukan komputer riba baharu. Adakah anda akan membeli satu jika ia dijual di sini?

    Beritahu kami di Facebook pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Twitter Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    IBM perkenal cip 0.7nm pertama dunia – 100 bilion transistor dalam litar sekecil kuku

    IBM secara rasmi memperkenalkan cip transistor bawah 1nm pertama di dunia menerusi nod 0.7nm (7 angstrom / 7Å) dan merupakan satu pencapaian...

    Kongsi akaun Netflix lepas ni lagi susah? Setiap profil kini perlu e-mel yang berbeza

    Nampaknya langkah Netflix untuk mengehadkan perkongsian akaun masih belum selesai. Selepas memperkenalkan sistem “Household” beberapa tahun lalu, kini platform penstriman itu dilaporkan...

    LRT3 akhirnya beroperasi, tambang percuma selama sebulan!

    Perkhidmatan LRT3 Laluan Shah Alam yang mula beroperasi secara rasmi hari ini dijangka merekodkan antara 5,000 hingga 10,000 penumpang pada hari pertama...

    Ulasan Lenovo Yoga 7i 2-in-1 – Laptop paling serba boleh untuk tahun 2026!

    Dalam pasaran komputer riba semasa, kategori 2-in-1 sering kali dilihat sebagai peranti "serba boleh tetapi tiada satu pun yang cemerlang". Namun, Lenovo...

    Bukan iPhone sahaja, harga Mac dan iPad Apple di Malaysia kini naik mendadak

    Harga beberapa peranti Apple di Malaysia kini meningkat yang melibatkan siri Mac, iPad serta beberapa produk lain dengan kenaikan mencecah sehingga RM2,600...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...