Penantian berakhir apabila Xiaomi telah melancarkan siri Xiaomi 12 termasuk jam pintar premium, Xiaomi Watch S1 pada malam semalam. Bagi mereka yang terlepas perasmian Xiaomi secara langsung, kami telah menyediakan artikel ini untuk anda tahu mengenai reka bentuk dan beberapa spesifikasi jam pintar.
Xiaomi menggunakan bahan tinggi pada Watch S1 iaitu paparan kaca nilam, tali kulit lembu dan badan keluli tahan karat. Ia kelihatan agak besar dengan paparan AMOLED 1.43 inci dan kepadatan piksel 326PPI. Ia dikatakan sesuai digunakan oleh ahli perniagaan.
Seperti jam tangan pintar yang lain, Watch S1 mempunyai 117 mod sukan, menyokong pengecasan magnetik, panggilan Bluetooth dan kedudukan GNSS dwi-frekuensi. Ia dilengkapi dengan kalis air 5ATM sesuai untuk sukan renang dan bateri 460mAh yang mampu bertahan sehingga 12 hari yang menyokong pengecasan pintar wayarles.
Jam pintar turut mampu memantau kesihatan anda sewaktu tidur, denyutan jantung, pengesanan oksigen darah dan juga boleh digunakan sebagai kad pintar NFC. Selain itu, Xiaomi Watch S1 menyokong aplikasi pihak ketiga (tidak termasuk iOS) seperti NetEase Cloud Music, Baidu Maps dan banyak lagi.
Xiaomi Watch S1 tersedia dalam dua varian iaitu Obsidian Black/ tali Viton berharga 1,099 yuan (~RM721) dan Streamer Silver/ tali kulit berharga 1,199 yuan (~RM787). Ia akan mula tiba dalam pasaran China mulai 31 Disember 2021. Kami masih menunggu berita tentang kehadirannya dalam pasaran global terutamanya di Malaysia.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: TechNaveCN

