More

    Xiaomi Watch S1 dilancar: Dilengkapi cermin kaca nilam dan bateri 12 hari bermula ~RM721

    Penantian berakhir apabila Xiaomi telah melancarkan siri Xiaomi 12 termasuk jam pintar premium, Xiaomi Watch S1 pada malam semalam. Bagi mereka yang terlepas perasmian Xiaomi secara langsung, kami telah menyediakan artikel ini untuk anda tahu mengenai reka bentuk dan beberapa spesifikasi jam pintar.

    Xiaomi menggunakan bahan tinggi pada Watch S1 iaitu paparan kaca nilam, tali kulit lembu dan badan keluli tahan karat. Ia kelihatan agak besar dengan paparan AMOLED 1.43 inci dan kepadatan piksel 326PPI. Ia dikatakan sesuai digunakan oleh ahli perniagaan.

    Seperti jam tangan pintar yang lain, Watch S1 mempunyai 117 mod sukan, menyokong pengecasan magnetik, panggilan Bluetooth dan kedudukan GNSS dwi-frekuensi. Ia dilengkapi dengan kalis air 5ATM sesuai untuk sukan renang dan bateri 460mAh yang mampu bertahan sehingga 12 hari yang menyokong pengecasan pintar wayarles.

    Jam pintar turut mampu memantau kesihatan anda sewaktu tidur, denyutan jantung, pengesanan oksigen darah dan juga boleh digunakan sebagai kad pintar NFC. Selain itu, Xiaomi Watch S1 menyokong aplikasi pihak ketiga (tidak termasuk iOS) seperti NetEase Cloud Music, Baidu Maps dan banyak lagi. 

    Xiaomi Watch S1 tersedia dalam dua varian iaitu Obsidian Black/ tali Viton berharga 1,099 yuan (~RM721) dan Streamer Silver/ tali kulit berharga 1,199 yuan (~RM787). Ia akan mula tiba dalam pasaran China mulai 31 Disember 2021. Kami masih menunggu berita tentang kehadirannya dalam pasaran global terutamanya di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveCN

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...