Site icon TechNave BM

YES akan tawarkan siri iPhone 15 serendah RM21/ bulan

Anda pasti inginkan pelan atau pakej yang berbaloi untuk dapatkan siri iPhone 15. U Mobile telah tawarkan pra-tempah siri iPhone 15 mulai 22 September (hari ini) dan diikuti oleh syarikat telko YES.

Yes 5G akan menawarkan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus dengan reka bentuk baharu yang menarik datang bersama kamera utama 48MP yang canggih dengan pilihan Telefoto 2x baharu, cip A16 Bionic dan port USB-C.

iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max merupakan model paling ringan terkini dari Apple dengan reka bentuk titanium, peningkatan kamera yang canggih termasuk sistem kamera utama 48MP yang lebih maju, A17 Pro dan USB-C.

YES telah mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat itu akan menawarkan siri iPhone 15 kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi. Berdasarkan poster yang dikeluarkan, anda boleh dapatkan iPhone 15 pada serendah RM21/bulan dan siri iphone 15 Pro bermula RM51/bulan.

Anda boleh layari laman web rasmi YES untuk menjadi salah seorang terawal mengenai tawarannya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version