Site icon TechNave BM

Yoodo umum hadiah percuma iPhone 12 Pro, Samsung Galaxy S20 Plus untuk pelanggan

Jika anda adalah pengguna Yoodo, berita ini mungkin berita baik untuk anda. Yoodo kini mengumumkan dua kempen sepanjang bulan Disember ini dengan penawaran hadiah percuma seperti Apple iPhone 12 Pro dan Samsung Galaxy S20 Plus untuk pelanggan.

Kempen Ho! Ho! Holiday Giveaway ialah kempen yang menawarkan hadiah seperti Apple iPhone 12 Pro, Samsung Galaxy S20 Plus, Apple  AirPods  Pro, dan ingame Diamonds permainan Mobile Legends: Bang Bang. Untuk menyertai kempen dan peluang menang hadiah ini, anda perlu berbelanja sebanyak RM50 ke atas dalam satu transaksi atau membeli 7GB data Booster. Kempen ini akan berakhir pada 31 Disember 2020 dan pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah-hadiah yang dinyatakan.

Selain itu, Yoodo turut melangsungkan kempen Raikan Wira-wira Kita. Kempen ini bermula pada 7 Disember sehingga 31 Disember, khas untuk 500 petugas barisan hadapan pertama yang melanggan Yoodo. Mereka akan mendapat kredit Boost sebanyak RM30 secara percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Yoodo. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version