More

    Yoodo umum hadiah percuma iPhone 12 Pro, Samsung Galaxy S20 Plus untuk pelanggan

    Jika anda adalah pengguna Yoodo, berita ini mungkin berita baik untuk anda. Yoodo kini mengumumkan dua kempen sepanjang bulan Disember ini dengan penawaran hadiah percuma seperti Apple iPhone 12 Pro dan Samsung Galaxy S20 Plus untuk pelanggan.

    Kempen Ho! Ho! Holiday Giveaway ialah kempen yang menawarkan hadiah seperti Apple iPhone 12 Pro, Samsung Galaxy S20 Plus, Apple  AirPods  Pro, dan in–game Diamonds permainan Mobile Legends: Bang Bang. Untuk menyertai kempen dan peluang menang hadiah ini, anda perlu berbelanja sebanyak RM50 ke atas dalam satu transaksi atau membeli 7GB data Booster. Kempen ini akan berakhir pada 31 Disember 2020 dan pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah-hadiah yang dinyatakan.

    Selain itu, Yoodo turut melangsungkan kempen Raikan Wira-wira Kita. Kempen ini bermula pada 7 Disember sehingga 31 Disember, khas untuk 500 petugas barisan hadapan pertama yang melanggan Yoodo. Mereka akan mendapat kredit Boost sebanyak RM30 secara percuma.

    Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Yoodo. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured