Site icon TechNave BM

YouTube lancarkan laman web baru untuk bantu pencipta video kembangkan audiens

YouTube kini merupakan perkhidmatan video internet yang sangat popular dan sesiapa sahaja boleh bina saluran YouTube, rakam video dan kongsikannya dengan penonton dari seluruh dunia. Bagi membantu mereka yang baru bermula mencipta video, YouTube telah melancarkan laman web YouTube for Creators baru untuk berkongsi nasihat dengan mereka.

Laman web tersebut telah dikemas kini dengan pelbagai panduan dan nasihat untuk pencipta video baru, seperti penyuntingan video, penjenamaan dan cara menggunakan YouTube Studio. Berikut adalah antara topik-topik yang telah disusun dalam laman web YouTube for Creators:

YouTube turut menyenaraikan soalan yang kerap ditanya (FAQ) oleh pencipta video agar mereka boleh dapatkan jawapan dengan mudah. Pastinya ini adalah sumber yang sangat berguna dan menarik untuk mereka yang ingin memulakan kerjaya atau sumber pendapatan sambilan dengan YouTube.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: YouTube Blog

Exit mobile version