More

    YouTube lancarkan laman web baru untuk bantu pencipta video kembangkan audiens

    YouTube kini merupakan perkhidmatan video internet yang sangat popular dan sesiapa sahaja boleh bina saluran YouTube, rakam video dan kongsikannya dengan penonton dari seluruh dunia. Bagi membantu mereka yang baru bermula mencipta video, YouTube telah melancarkan laman web YouTube for Creators baru untuk berkongsi nasihat dengan mereka.

    Laman web tersebut telah dikemas kini dengan pelbagai panduan dan nasihat untuk pencipta video baru, seperti penyuntingan video, penjenamaan dan cara menggunakan YouTube Studio. Berikut adalah antara topik-topik yang telah disusun dalam laman web YouTube for Creators:

    • Getting Started on YouTube: Panduan untuk mereka yang ingin memulakan saluran baru
    • Building Your Community: Panduan untuk membesarkan jumlah penonton dan berinteraksi dengan mereka
    • How to Make Money on YouTube: Ketahui pelbagai cara untuk jana pendapatan sampingan
    • Growing Your Channel: Alat-alat penting dalam YouTube untuk menambah baik saluran YouTube
    • Policies & Guidlines: Dapatkan penjelasan mendalam tentang undang-undang YouTube
    • Programs & Initiatives: Pelbagai acara, anugerah dan program untuk sambut kejayaan pencipta video

    YouTube turut menyenaraikan soalan yang kerap ditanya (FAQ) oleh pencipta video agar mereka boleh dapatkan jawapan dengan mudah. Pastinya ini adalah sumber yang sangat berguna dan menarik untuk mereka yang ingin memulakan kerjaya atau sumber pendapatan sambilan dengan YouTube.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: YouTube Blog

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured