Site icon TechNave BM

YouTube Premium Family telah dinakkan harga ke RM33.90/bulan

Akaun Keluarga YouTube Premium yang membolehkan anda berkongsi dengan sehingga lima ahli keluarga dalam isi rumah kini berharga RM33.90/bulan. Sebelum ini, ia berharga RM26.90/bulan dengan bersamaan RM5.65/bulan setiap ahli manakala kadar YouTube Premium individu dan pelajar di Malaysia kekal tidak berubah masing-masing pada RM17.90/bulan dan RM10.90/bulan.

Selain membenarkan anda menonton video YouTube dan muzik tanpa iklan, langganan YouTube Premium membolehkan pengguna memuat turun video untuk tontonan luar talian serta keupayaan untuk memainkan video di latar belakang semasa anda menggunakan aplikasi lain. 

Jika anda pelanggan baharu, anda boleh mencuba YouTube Premium secara percuma untuk bulan pertama. Selain itu, YouTube telah mula menyekat sekatan iklan dan bagi pengguna yang masih mencuba melakukannya, mereka akan mendapat pemberitahuan ‘sekatan iklan tidak dibenarkan di YouTube’.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version