More

    YouTube sedang uji ciri sekat ‘Ad Blockers’ pada platformnya

    Iklan yang muncul pada video YouTube agak menjengkelkan terutamanya jika ia tidak boleh dilangkau. Namun, YouTube memberikan anda cadangan untuk bertukar kepada akaun Premium sekiranya anda tidak ingin sebarang iklan untuk muncul pada video anda. 

    Disebabkan hal ini, banyak cara telah dilakukan oleh pihak ketiga untuk mengelakkan sebarang pembayaran. Kini, telah disahkan bahawa YouTube sedang menguji ciri baharu yang menyekat Penyekat Iklan (Ad Blockers).

    Ia ditemui oleh pengguna YouTube rawak yang menyiarkan tangkapan skrin di Reddit. Seorang pekerja YouTube mengesahkan percubaan kepada MOD Reddit dan ini mungkin akan menimbulkan kemarahan ramai pengguna. Dalam tangkapan skrin, anda boleh melihat YouTube berkata “Iklan membenarkan YouTube kekal percuma untuk berbilion pengguna di seluruh dunia”.

    Selain itu, ayat lain yang mengatakan bebas iklan dengan YouTube Premium membantu pencipta mendapat bayaran daripada langganan. Apakah tindakan anda sekiranya ciri ini dilancarkan? Kekal membangunkan aplikasi pihak ketiga atau langgan YouTube Premium?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber:  Reddit

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...