fbpx
More

    Samsung Galaxy Unpacked seterusnya mungkin akan berlangsung pada 10 Julai 2024

    Samsung dijangka akan menganjurkan acara pelancaran utama untuk separuh kedua tahun ini, Samsung Galaxy Unpacked, di mana mereka mungkin akan melancarkan telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold6 dan Samsung Galaxy Z Flip6, jam tangan Samsung Galaxy Watch7 dan Samsung Galaxy Watch Ultra, fon telinga Samsung Galaxy Buds 3 serta cincin pintar Samsung Galaxy Ring.

    Kini sebuah laman web e-dagang di Belanda, Mobiel.nl, telah mendedahkan tarikh Unpacked itu secara tidak sengaja, iaitu pada hari Rabu, 10 Julai 2024. Tarikh tersebut dipaparkan dalam sebuah gambar dan kini gambar itu telah pun dipadamkan selepas beberapa jam ia dipaparkan.

    Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung dalam laman web Samsung pada 10 Julai 2024. Ia mungkin akan dianjurkan di Paris kerana Samsung merupakan penaja utama untuk temasya sukan antarabangsa Olimpik 2024 yang dianjurkan di situ.

    Sebagai rujukan, Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5 dilancar pada 26 Julai 2023, jadi kita boleh jangkakan waktu yang serupa untuk Fold6 dan Flip6 pada tahun ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menonoton Samsung Galaxy Unpacked pada bulan Julai ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Google Translate tambah sokongan untuk 110 bahasa baharu seperti Iban, Minang dan Jawi

    Google Translate (Terjemahan Google) kini menambah sokongan untuk 110 bahasa baharu dengan bantuan model bahasa (LLM) PaLM 2. Ini adalah penambahan bahasa...

    Samsung lancarkan tiga “sensor” kamera baharu untuk telefon pintar, miliki telefoto 200MP pertama di...

    Samsung Electronics telah melancarkan tiga penderia imej mudah alih baharu iaitu ISOCELL HP9, ISOCELL GNJ dan ISOCELL JN5. Penderia ini bertujuan untuk...

    Lebih 14,000 kes penipuan dalam talian dengan kerugian RM581 juta direkodkan di Malaysia sejak...

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Pembaharuan Undang-undang dan Institusi) M. Kulasegaran di Parlimen hari ini mendedahkan sebanyak 14,490 kes penipuan dalam...

    OnePlus Ace 3 Pro dilancar: SD 8 Gen 3, bateri 6,100mAh dengan cas pantas...

    OnePlus baru sahaja melancarkan telefon OnePlus Ace 3 Pro di pasaran China yang dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 3, bateri Glasier 6,100mAh...

    CMF Phone 1 dedahkan proses pembinaan telefon

    CMF, sub-jenama Nothing, sedang meningkatkan kempen promosi untuk telefon pintar pertamanya yang dinamakan CMF Phone 1. Telefon ini akan diumumkan secara rasmi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X