Ciri baharu Apple iaitu Pengesanan Kemalangan (Crash Detection) dibangunkan bertujuan untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan jika telefon mengesan pengguna telah terlibat dalam kemalangan kereta yang serius.
Walau bagaimanapun, banyak panggilan palsu telah diterima oleh pihak kecemasan atas sebab pengguna melakukan aktiviti lasak. Ini memberikan beban yang tidak wajar kepada perkhidmatan kecemasan tempatan.
Dalam kejadian baru-baru ini, jabatan bomba Kita-Alps, Nagano di Jepun mengatakan bahawa mereka telah menerima 134 panggilan palsu antara 16 Disember 2022 hingga 23 Januari 2023 dan kebanyakannya daripada sistem Pengesanan Kemalangan iPhone 14.
Secara keseluruhan, unit perkhidmatan kecemasan Jepun menerima sejumlah 919 panggilan dalam tempoh tersebut menunjukkan ia telah menerima lebih kurang 100 panggilan palsu daripada sistem iPhone baharu ini.
Dengan ini, pihak Apple sedang berusaha untuk mengatasi isu ini dengan mengumpul maklum balas yang berkaitan daripada pusat panggilan kecemasan dan memberi bekerjasama sepenuhnya.
Untuk mengelakkan isu ini daripada berlaku dengan kerap, pengguna siri iPhone 14, Apple Watch Series 8, Apple Watch SE (generasi ke-2) dan Apple Watch Ultra disyorkan untuk mematikan Pengesanan Kemalangan sementara waktu sekiranya mereka ingin melakukan aktiviti lasak.
Namun, tidak dinafikan ciri ini turut membantu banyak kes kemalangan seperti kejadian yang berlaku kepada dua wanita di Kanada pada 23 Disember lalu, mereka terkandas di jalan pedalaman yang telah ditimbus oleh salji tebal.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: 9to5mac

