More

    100 panggilan palsu daripada sistem Apple diterima oleh perkhidmatan kecemasan Alps Jepun

    Ciri baharu Apple iaitu Pengesanan Kemalangan (Crash Detection) dibangunkan bertujuan untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan jika telefon mengesan pengguna telah terlibat dalam kemalangan kereta yang serius. 

    Walau bagaimanapun, banyak panggilan palsu telah diterima oleh pihak kecemasan atas sebab pengguna melakukan aktiviti lasak. Ini memberikan beban yang tidak wajar kepada perkhidmatan kecemasan tempatan. 

    Dalam kejadian baru-baru ini, jabatan bomba Kita-Alps, Nagano di Jepun mengatakan bahawa mereka telah menerima 134 panggilan palsu antara 16 Disember 2022 hingga 23 Januari 2023 dan kebanyakannya daripada sistem Pengesanan Kemalangan iPhone 14.

    Secara keseluruhan, unit perkhidmatan kecemasan Jepun menerima sejumlah 919 panggilan dalam tempoh tersebut menunjukkan ia telah menerima lebih kurang 100 panggilan palsu daripada sistem iPhone baharu ini. 

    Dengan ini, pihak Apple sedang berusaha untuk mengatasi isu ini dengan mengumpul maklum balas yang berkaitan daripada pusat panggilan kecemasan dan memberi bekerjasama sepenuhnya.

    Untuk mengelakkan isu ini daripada berlaku dengan kerap, pengguna siri iPhone 14, Apple Watch Series 8, Apple Watch SE (generasi ke-2) dan Apple Watch Ultra disyorkan untuk mematikan Pengesanan Kemalangan sementara waktu sekiranya mereka ingin melakukan aktiviti lasak.

    Namun, tidak dinafikan ciri ini turut membantu banyak kes kemalangan seperti kejadian yang berlaku kepada dua wanita di Kanada pada 23 Disember lalu, mereka terkandas di jalan pedalaman yang telah ditimbus oleh salji tebal.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...