Site icon TechNave BM

Butiran Redmi Note 10 terbocor, mungkin dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 820

Telefon kelas pertengahan yang seterusnya oleh Xiaomi mungkin adalah Redmi Note 10 5G, berdasarkan maklumat terbaru oleh media. Sebuah peranti Xiaomi dengan nombor model M2007J22C dikhabarkan mungkin adalah nombor model untuk Redmi Note 10.

Ia dilaporkan mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 820. Memandangkan Redmi Note 9 sekarang mempunyai cipset MediaTek Helio G85, tidak mustahil jika Redmi Note 10 dilengkapi sebuah cipset MediaTek kelas pertengahan seperti Dimensity 820.

Media juga melaporkan ia akan dilengkapi RAM 8GB, kadar segar semula yang tinggi dan datang dalam varian biasa serta Pro, seperti yang terdapat untuk siri Redmi Note 9 yang terdiri daripada Note 9, Note 9S (gambar atas) dan Note 9 Pro. Namun ini hanyalah spekulasi yang belum disahkan oleh Xiaomi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version