Pelanggan CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) kini boleh membuat pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 melalui Easy360 dengan pelan CelcomDigi ONE dan Postpaid 5G. Dengan pelbagai ciri AI canggih Galaxy dan rangkaian 5G terkemuka CelcomDigi, Samsung Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 akan mentakrifkan semula cara pelanggan bekerja, bermain, berkomunikasi dan meningkatkan pengalaman telefon pintar mereka dengan AI dalam kehidupan harian mereka.
Bermula daripada RM144/bulan untuk Z Fold6 dan RM84/bulan untuk Z Flip6, pelanggan boleh membuat pra-tempahan melalui laman web rasmi CelcomDigi mulai hari ini hingga 30 Julai 2024. Mereka juga akan mendapat ganjaran eksklusif termasuk naik taraf storan berganda percuma untuk kapasiti 512GB pada harga versi 256GB serta rebat tambahan sehingga RM360 dan rebat RM10 pada bil bulanan selama 36 bulan melalui pelan ansuran peranti CelcomDigi.
Selain itu, semua pelanggan pra-tempahan akan menerima gabungan peranti boleh pakai dan aksesori terbaru dari Samsung bernilai sehingga RM1,300. Pelanggan yang membuat pra-tempahan Z Fold6 akan mendapat Galaxy Watch7 (RRP: RM1,199) dan Clear Grip Case (RRP: RM179) manakala pelanggan yang memilih Z Flip6 akan menerima Galaxy Buds3 (RRP: RM599) dan Flipsuit Case (RRP: RM179).
Untuk pelanggan yang lebih suka membeli peranti secara langsung, Samsung Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 akan tersedia di semua CelcomDigi Stores, Celcom bluecube dan Digi Stores mulai 31 Julai 2024. Untuk butiran lanjut mengenai pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold 6 dan Z Flip 6, anda boleh klik pada pautan di sini.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

